Alatan di Alam Kubur

28 April 2017

Masyarakat Cina mempercayai bahawa roh mendiang akan lebih gembira sekiranya ahli keluarga mendiang menghantar barangan keperluannya di alam kubur. Ikuti kisah perniagaan Koh Ah Bah dalam menghasilkan alatan untuk mendiang.

Disebuah persekitaran kawasan perumahan flat berdekatan Lebuh Macallum, George Town, terletaknya sebuah kedai menjual barangan kertas sembahyang. Suasana didalam kedai agak berselerak dengan rangka kayu dan barangan kertas sembahyang, yang sedang dipasang mahupun yang sudah siap untuk dijual. Kelihatan pekerja-pekerja sedang khusyuk memasang rangka kayu dan ada juga yang sedang melekatkan corak kertas pada rangka yang telah siap dipasang.



Masyarakat Cina yang beragama Budhha mempercayai bahawa tradisi membakar kertas sembahyang ini dapat membantu roh mendiang dalam keadaan selesa di alam kubur dengan keperluan berkenaan. Keluarga mendiang akan menjalankan upacara membakar kertas sembahyang itu di tanah perkuburan mendiang.

Koh Ah Bah yang sudah berusia 60 tahun itu telah mula menghasilkan kertas sembahyang sejak dari tahun 1973 lagi, sewaktu itu dia masih lagi berumur 15 tahun. Dia belajar sambil bekerja di sebuah kedai menghasilkan kertas sembahyang di Lebuh Carnavon bersama gurunya.

Katanya, dia pernah cuba bekerja di syarikat akhbar tetapi dia merasakan tidak kena dengan minatnya, justeru dia memilih untuk bekerja menghasilkan kertas sembahyang secara serius. Selepas beberapa tahun, dia membuka kedai 358, perniagaannya sendiri.

Perniagaan Koh Ah Bah kini dibantu oleh keluarganya iaitu adik dan juga anaknya, Koh Eng Keat, atau dikenali sebagai Sam.

“Keluarga mendiang percaya bahawa mendiang memerlukan rumah untuk diduduki di alam kubur supaya ia tidak kesejukkan disana. Jadi produk rumah antara produk yang menjadi kemestian kepada ahli keluarga mendiang untuk menempah bagi memberi keselesaan kepada mendiang di alam kubur. Sesetengah keluarga yang berkemampuan akan menempah pelbagai produk yang lain seperti televisyen, kenderaan ataupun alatan hobi mendiang sewaktunya hidup dahulu,” jelas Sam.

Proses pertama untuk menghasilkan produk tersebut dimulai dengan menghasilkan rangka terlebih dahulu. Kepingan kayu berkenaan diikat dengan tali untuk menguatkan struktur tersebut. Tiada paku yang digunakan kerana iainya perlulah mudah untuk terbakar semasa proses pembakaran berlaku.

Selepas siap dengan memasang rangka tersebut, kertas bercorak akan dilekatkan bagi mencantikkan dan melengkapi produk tersebut. Kertas tersebut disaluti gam terlebih dahulu sebelum dilekatkan pada rangka itu.





Inilah rumah yang telah siap dipasang. Rumah ditemani dengan lapan dewa.



Taman ini ditemani dengan orang gaji dan penjaga taman. Di taman itu juga terdapat kereta untuk kegunaan roh. Taman ini akan disambungkan pada rumah di bahagian hadapan supaya kelihatan sebuah rumah yang mempunyai taman di halamannya.



Ruang kerja yang terdapat alat-alat dan juga kertas untuk menghasilkan kertas sembahyang.


Corak kertas yang digunakan untuk dilekatkan pada rangka.


Basikal yang digantung ini untuk kegunaan si mati bersiar-siar.

Tempoh yang diambil untuk menyiapkan sesebuah produk itu mengambil masa selama dua atau tiga hari. Selain rumah, Koh Ah Bah dan pekerjanya juga mampu menghasilkan produk yang lain seperti kenderaan, alatan hobi seperti joran, televisyen dan lain-lain jenis produk bergantung kepada permintaan pelanggan.

Keistimewaan kedai mereka adalah kebanyakkan produk boleh ditempah mengikut citarasa pelanggan.

Perabut penyimpanan pakaian untuk kegunaan si mati menyimpan pakaiannya disana.


Kuda ini adalah bertujuan untuk membawa roh si mati ke alam kubur.

Sam berkata “Banyak pelanggan khususnya generasi muda hari ini tidak tahu bahawa  mereka boleh membuat rekaan jenis lama [vintaj] dari segi corak dan bentuk. Memandangkan pelanggan generasi kini tidak tahu adanya jenis rekaan lama [vintaj], jadi kami hanya membuat rekaan berdasarkan permintaan pelanggan sahaja.”

Menurut Sam, bukan mudah untuk menghasilkan produk berkenaan kerana perlu disiapkan dalam tempoh yang agak singkat dan mereka bertungkus lumus menyiapkannya walau sehingga lewat malam.  Selain menolong bapa bekerja di kedai, Sam juga melakukan upacara menguruskan mayat sekiranya diperlukan. Dia juga adalah pemain dram untuk band hardcore punk, Weot Skam.

“Kawan-kawan saya pernah mengusik saya dengan mengatakan bahawa kerja yang saya lakukan ini lebih ganas dari main muzik metal,” kata Sam sambil ketawa.

Lokasi:
358 Gat Lebuh Cecil, 10300 George Town, Penang (016 457 9229).

Teks dan foto oleh Hizwan Hamid

This article is related to CULTURE BUSINESS

Business

A Man of Many Hats

MON, 22 MAY 2017

Projek Rabak founding father Mohd Jayzuan is determined to tap into Malaysia’s deep pool of artistic and musical talent, starti...

Business

Rise of the Small Town

WED, 17 MAY 2017

These Malaysian entrepreneurs are doing all it takes to bring their own small towns at par with the nation’s more established a...

Business

The Master

FRI, 19 MAY 2017

Known as the “Father of Aikido in Malaysia”, Thamby Rajah Sensei helped to plant the seed that spread the martial art acr...

Business

Tinmen with Beating Hearts

THU, 20 APR 2017

Turning into the little road known as China Street in Kuching, the first thing you hear is a metallic clanking sound. The sound conti...