Warna Warni Brickfields

11 November 2016

Terokai kemeriahan di Little India.
Takkan pudar dengan kehidupan, begitulah suasana kota Brickfields. Kawasan yang dikenali dengan panggilan “Little India” sejak 2010 ini sentiasa sibuk dengan aktiviti jual beli dan merupakan salah satu poket ekonomi bandaraya Kuala Lumpur.


Brickfields menjadi pusat utama komuniti India mendapatkan bekalan rempah ratus, perhiasan rumah serta kelengkapan bersembahyang buat mereka yang beragama Hindu. Bangunan - bangunan yang tersergam sejak zaman sebelum kemerdekaan kini berjiran dengan bangunan pencakar langit yang futuristik. 


Brickfields diasaskan oleh Kapitan Yap Ah Loy sekitar tahun 1881, di mana ketika itu Kuala Lumpur dibaham api besar yang marak. Sebagai penyelesaian, Kapitan Yap Ah Loy telah membeli sebidang tanah (lebih menyerupai padang)  yang besar untuk dijadikan tempat penghasilan batu-bata bagi membina bangunan-bangunan yang telah runtuh. Batu-bata dikeringkan di padang sebelum dijual; maka lahirlah nama Brickfields. Brickfields juga adalah salah satu kawasan yang masih menggunakan nama Inggeris.


Setiap warga Kuala Lumpur pasti ada cerita tersendiri bila Brickfields disebut. Biarpun dikenali sebagai kawasan yang agak merbahaya dan dielakkan di zaman 80’an dan 90’an, kini Brickfields megah sebagai salah satu pusat tarikan pelancong. Dari pilihan kain sari pelbagai warna dan corak ke makanan India asli yang menyelerakan, Brickfields memberi para pelancong satu contoh asimilasi budaya yang membuatkan negara Malaysia unik di mata dunia.


Walaupun perayaan Deepavali sudah berakhir, namun kemeriahaannya masih dirasai. Deretan kedai dihiasi dengan aneka ornamen yang pasti membuat anda berhenti untuk mengambil beberapa foto. Senyuman mesra “anne-anne” membuat anda rasa senang hati untuk membeli-belah  dan menikmati pelbagai juadah yang berasal dari serata negara India.


Sekiranya anda berada di KL Sentral atau teringin untuk mencari pakaian seperti bintang Bollywood, jelajahlah Little India kita tersendiri dan anda pasti jatuh hati dengan suasana Brickfields yang sememangnya lain dari yang lain.

Gambar dari pandangan http://www.malaysia.my/

culture

An Architectural Wonder

TUE, 21 NOV 2017

What started as a modest shrine for the rubber estate and road workers of Bukit Rotan can now lay claim to being one of Southeast Asi...

culture

Mooncake Magic

WED, 04 OCT 2017

As Malaysians prepare to celebrate Mid-Autumn Festival this year, mooncakes are a common sight. We visit a traditional bakery in Kepo...

culture

A Longhouse Engagement

FRI, 15 SEP 2017

Iban weddings are expansive and elaborate in all forms – from their customs right down to their costumes. While most indige...