Berani Takluki Awan

03 March 2017

Jom kenali dua beradik pengendali belon udara panas wanita yang pertama di Malaysia.

Terapung di awang-awangan. Dikelilingi langit biru, sambil menghirup udara yang segar menikmati pemandangan yang meluas. Beginilah perasaan dua beradik yang juga merupakan pengendali belon udara di Malaysia.

Atiqah dan Izzati Khairudin merupakan pengendali belon udara panas wanita yang pertama di negara. Walaupun mewarisi minat dan juga perniagaan arwah bapanya, Izzati, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat AKA Balloon berkata yang mereka terpaksa belajar semula pengetahuan asas hingga ke bahagian teknikal dalam pengendalian belon untuk memperoleh lesen mereka.

“Dari kecil lagi, saya suka cheap thrills [seperti] naik turun bukit dengan basikal sampai tergolek brek tak makan dan duduk goyang kaki kat tepi highway,” ujar Atiqah. Sememangnya mereka sukakan cabaran lasak dari muda dan ini membuatkan mereka tidak takut atau berasa gayat di paras yang amat tinggi.

Apabila ditanya cara untuk mengatasi rasa gayat di udara, Atiqah, yang juga seorang Pengarah Perhubungan Awam syarikat AKA Balloon berkata, “Ramai orang sentiasa tengok darat, sebab itulah apabila kita tengok bawah, kita akan rasa takut. Cuba elak dari tengok bawah, dan lihat kepada keindahan di atas udara. Anggapnya macam naik kapal terbang dan rasa gayat itu pasti tidak akan dirasai.”

Kini, hidup mereka banyak berubah dari dulu. Kalau dulu mereka terpaksa memaksa diri mereka bangun pagi untuk kerjaya korporat mereka, kini mereka amat menghargai waktu pagi. Ini kerana setiap pagi mereka dapat mengamati pemandangan epik selepas terbitnya matahari, dan keheningan suasana pagi adalah satu pengalaman yang hanya boleh dirasai bila anda berada jauh di atas awan.

Ini juga akan membuatkan mereka lebih berdisiplin dan lebih fokus kerana semestinya keselamatan amat diutamakan bila mengendalikan belon udara panas. Pelbagai faktor dari cuaca, angin serta udara, dan keadaan sekeliling perlu diberikan perhatian untuk memastikan keselamatan mereka dan pelanggan.

Bagi penggemar buku fiksyen The Alchemist oleh Paolo Coelho ini, Atiqah tidak letih berkongsi pengalaman serta apa jua berkaitan dengan belon udara panas. “I will force my children in the future to take up ballooning as well!” sambung Izzati dengan harapan mereka boleh bercuti mengembara ke serata dunia bersama seisi keluarga.

Walaupun industri belon udara panas ini amat kecil di Malaysia, Atiqah dan Izzati tahu dengan minat yang mendalam, pengurusan serta perancangan yang teratur, ia boleh menjadi satu industri yang lumayan. AKA Balloon baru sahaja melancarkan sebuah ekspedisi, “Life On Air”, mengembara ke serata semenanjung Malaysia dalam masa dua bulan sahaja serta menjalankan bengkel mengendali belon di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman untuk menjana minat di kalangan yang muda. Dari sini, mereka berharap ia akan menjadi tapak permulaan untuk membina sekolah bagi generasi akan datang menerokai awan negara dan dunia.


Projek mereka yang terkini MYBALLOONFIESTA, acara belon udara panas kelolaan AKA Balloon, yang dahulunya dikenali sebagai Putrajaya Hot Air Balloon Malaysia kini sudah masuk ke tahun yang ke-sembilan. Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, lokasinya telah berpindah dari Putrajaya ke Desa ParkCity. Jika acara ini terdahulunya adalah percuma kepada semua, kali ini caj masuk akan dikenakan dan tiket adalah dari RM16 ke RM300.

Dahulunya, acara ini dijalankan secara percuma dan walaupun ia menarik kehadiran ramai orang, namum ramai tidak dapat menikmati dan mengalami sensasi belon udara panas dengan sepuasnya. Menerusi pelbagai aktiviti yang bakal diaturkan, ia adalah untuk menampung pelbagai lagi aktiviti yang unik dari acara sarapan pagi hingga kepada menaiki belon udara, mengikut kemampuan semua.

Acara yang dibiayai sendiri ini juga disokong oleh pelbagai rakan kongsi yang akan membawakan aktiviti yang bakal menghiburkan pengunjung MYBALLOONFIESTA seperti Silent Disco, Balloon Igloo dan juga Outdoor Cinema.


Izzati mahu acara ini memberi inspirasi kepada yang lain supaya mencungkil potensi mereka. Acara tahunan ini telah mengajar mereka untuk berdikari, mengambil risiko dan mencari cara baru untuk mewarnai lagi industri yang sedang berkembang pesat ini.

This year is completely new and scary for us,” kata Izzati, tetapi dengan berbekalkan pengalaman lapan tahun dari Putrajaya serta kepakaran yang mereka peroleh hingga kini, Atiqah dan Izzati akan terus menerbangkan industri belon udara panas hingga ke hujung dunia.

Kunjungi MYBALLOONFIESTA, 10-12 Mac 2017 di Desa ParkCity, Kuala Lumpur. Info lanjut serta tiket boleh diperolehi di www.myballoonfiesta.com.

Oleh Hamidah Osman

This article is related to BUSINESS

Happenings

Made and Crafted

THU, 10 AUG 2017

Update your wadrobe with these handmade bags that champion local artisans. From shell and woodcarved art clutches to minimalist&nb...

Happenings

Spilling the Beans

WED, 26 JUL 2017

In a corner lot along Jalan Ewe Hai in Kuching, Sarawak, “Coffee” Chang and his wife are quietly doing the laborious task...

Happenings

The Open Secret of Kuala Muda

MON, 24 JUL 2017

Pasar Bisik, Kuala Muda is a market with undisclosed prices and the middle man nowhere to be seen. Find out how it manages to run so ...