Seni Sebagai Aset

12 April 2017

Balai Seni Visual Negara memacu usaha seni sebagai hasil pendapatan. 
Dalam langkah Malaysia menuju status negara maju, karya seni rakyatnya harus lebih dihargai dan penghargaan seni harus dipupuk di kalangan masyarakat, dan itulah yang bakal dilaksanakan oleh pihak Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara.

Pada 8 Disember 2016, satu acara media yang berjudul “N.A.G with Media” telah berlangsung di Balai Seni Visual Negara (BSVN), Kuala Lumpur. Acara ini bertujuan menampilkan barisan baru ahli Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara yang diterajui oleh Dato’ Sri Farid bin Ridzuan sebagai Pengerusi dan program-program yang diaturkan dalam usaha meningkatkan persada seni tanahair.
          
Acara santai tapi mengujakan buat peminat seni ini dimulai oleh ucapan aluan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Yang Berbahagia Prof Dato Dr Mohamad Najib Ahmad Dawa yang memberi perspektif jelas mengenai visi dan arah Balai Seni Visual Negara yang bukan sekadar pusat mempamerkan hasil seni tapi inisiatif-inisiatif yang berpatutan dalam melonjak industri seni Malaysia ke tahap global dan memberi saingan kepada negara - negara maju. Dalam ucapannya, YBhg Prof Dato Dr Mohamad Najib Ahmad Dawa memberitahu dalam tahun 2016, pihak BSVN telah melihat semula dan menyusun program-program bisnes teras mereka supaya bersesuaian dengan keadaan semasa. Selama ini, budaya dan seni dalam Malaysia dikategorikan sebagai upstream, dan kini pasukan Balai Seni Visual Negara sedang menyusun langkah dalam mewujudkan industri seni downstream, supaya pihak penentu dasar dapat melihat kepentingan seni dalam pembentukan negara maju. Satu tindakan yang wajar kerana sering kita abaikan kenyataan yang seni itu adalah penggerak nadi budaya sesebuah masyarakat. 

Ikutan dalam menjayakan usaha ini, pihak BSVN sedang menjalankan kajian “art ecosystem” atau ekosistem seni, yang bertujuan melahirkan satu Budaya Pengewangan atau Monetizing Culture. Sekiranya ada yang bersangkaburuk terhadap kaitan seni dan wang, inisiatif ini hanyalah memberi nilai yang sepadan dengan hasil karya seniman dan seniwati tanahair kita. Lantaran itu, pihak BSVN telah menyediakan Ruang Kreatif atau Creative Spaces untuk pelukis tempatan berpameran dan meniagakan hasil kerja mereka. Buat masa ini,terdapat 2 Ruang Kreatif yang bertempat di Balai Seni Visual Negara dan Art Seri Pacific, Hotel Pacific; dan 2 lagi bakal dibuka. 

Satu lagi inisiatif yang memacu kemajuan seni dalam negara ini ialah Program Art-preneur atau Usahawan Seni.  Program ini bakal menempatkan 15-20 orang graduan seni untuk menjadi pelukis profesional. Antara program - program yang akan terus dilangsungkan dalam tahun 2017 adalah projek khidmat komuniti Outreach yang memfokuskan kebajikan anak-anak kecil di Chow Kit dan Inreach yang mempamerkan hasil kerja terbaik buat tatapan masyarakat Malaysia dari pelbagai lapis sosial. 

Program Inreach akan bermula dengan Bakat Muda Sezaman yang akan berlangsung pada bulan Januari 2017, diikuti dengan pameran Mother’s Day yang menampilkan 101 pelukis wanita. Setaraf dengan kota-kota maju di seluruh dunia, Kuala Lumpur akan mengadakan art bienalle nya yang tersendiri yang akan dipanggil KLBelas. KLBelas bakal memaparkan seniman serta seniwati dari rantau ASEAN dan negara India, China, Jepun juga Korea di Balai Seni Visual Negara dan beberapa lokasi sekitar ibu kota. 

Acara diteruskan dengan sesi soal jawab antara pihak media dengan Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Dato’ Sri Farid bin Ridzuan serta YBhg Prof Dato Dr Mohamad Najib Ahmad Dawa selaku Ketua Pengarah.  Dalam sesi ini Dato’ Sri Farid bin Ridzuan menerangkan walaupun aplikasi awal “Monetizing Culture” dalam industri seni masih jauh untuk memberi impak positif terhadap ekonomi negara, namun banyak karya seni anak Malaysia lebih dihargai di pasaran antarabangsa berbanding di  tanahair sendiri. Justeru itu, pihak lembaga BSVN akan meneliti dan mengkaji kedua-dua pasaran seni ini agar peminat seni tempatan atau antarabangsa lebih menghargai hasil kerja anak seni Malaysia. Balai Seni Visual Negara dalam hal ini bertindak sebagai art appraisor, atau penilai seni - dan  dalam jangkamasa 3 tahun, tahap penghargaan dan penilaian seni di Malaysia akan lebih meninggi, menjadikannya satu industri yang kukuh buat penyumbang ekonomi negara ini. 

Sebelum menutup acara, Dato’ Sri Farid bin Ridzuan mengumumkan yang BSVN akan menukarkan penjenamaannya kepada Balai Seni Negara atau National Art Gallery. Penjenemaan ini dilakukan setelah maklumbalas dari pihak umum yang lebih selesa dengan panggilan klasik. 

Sehubungan dengan giat usaha pihak Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, tiba masanya untuk kita (terutama mereka yang mampu) mula menghargai dan mengumpul hasil seni kreatif tempatan. Kita sering mendengar cerita sesetengah lukisan yang kini mencecah harga jutaan USD, namun proses penilaian sebuah lukisan itu kemungkinannya bermula dari hanya ratusan ringgit. Fikirkan, sebuah oil painting potret pembuat keris dari Perlis atau lukisan abstrak hasil seorang seniman berketurunan Iban mungkin satu pelaburan yang lebih bagus berbanding sebuah kereta sport terpakai dari zaman 90-an atau mungkin lebih bernilai dari sebuah rumah dalam 10 hingga 15 tahun akan datang. 

Luangkan masa dan nikmati karya seni yang terpamer di Balai Seni Visual Negara. Untuk maklumat lanjut tentang program terkini dan akan datang di BSVN, lawati laman web atau tinggal mesej di laman Facebook mereka. 

Oleh Che Semail Che Mad

Happenings

A Visit to Carcosa

TUE, 05 SEP 2017

As Malaysia celebrates Independence Day on 31 August, we look at the history and future of the building where the Merdeka Agreem...

Happenings

Highlights from As We See It

WED, 14 JUN 2017

In collaboration with OUR ArtProjects and Reka Negaraku, Malaysia Design Archive’s exhibition, As We See It: History Through Vi...

Happenings

Malaysia Fest 2016

MON, 19 SEP 2016

If you fancy an exotic slice of Asian paradise, then head over to Trafalgar Square to experience the culture and cuisine of Malaysia....

Happenings

Happening in June 2016

TUE, 21 JUN 2016

POWER RANGERS LIVE IN GENTING A must watch million dollars production of the first Power Rangers live show in South East Asia ...