Sukan Sihir di USJ

26 August 2016

Menjaringkan bola sambil “terbang” dengan penyapu, kejayaan acara Asian Quidditch Cup 2016 merupakan satu titik mula yang menggalakan bagi sukan Quidditch di Malaysia.

Chaser, Quaffle, Bludger, Snitch. Nama-nama ini mungkin asing bagi sesetengah pembaca, tetapi pada 30 dan 31 Julai di Jalan USJ11/15, ini adalah kata-kata yang dijerit di padang ketika mereka cuba merebut gelaran juara Asian Quidditch Cup 2016.

Diilhamkan dari buku fiksyen popular yang juga diadaptasikan kepada filem blockbuster Hollywood, Harry Potter - Quidditch adalah acara sukan kegemaran Harry Potter serta rakan-rakannya dan beliau juga bertanding dalam World Quidditch Cup. Menurut buku-bukunya, ianya merupakan acara yang setanding dengan Piala Dunia dalam dunia ahli sihir.

Berbalik ke dunia nyata, Quidditch diadaptasi menjadi acara sukan di mana dua pasukan dan tujuh pemain dalam setiap pasukan bergerak dengan menggunakan batang penyapu di atas padang bersaiz arena hoki. Padangnya berbentuk segi empat tepat berserta sudut bulat sebesar 55 meter x 33 meter. 10 markah diberikan sekiranya seorang chaser menjaringkan bola (digelar sebagai quaffle)  ke dalam gelung, manakala perlawanan dikira tamat sekiranya seorang snitch berjaya merampas bola yang dibawa lari oleh snitch pasukan lawan (rampasan juga dikira sebanyak 30 markah).  Di Amerika Syarikat, International Quidditch Cup telah berlangsung buat julung kalinya pada tahun 2005 dan kini ianya tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Buat pertama kalinya Asian Quidditch Cup 2016 dianjurkan dan Malaysia menjadi tuan rumah kepada sukan yang masih baru ini.

Pihak penganjur acara iaitu pasukan Damansara Dementors, tertubuh pada tahun 2013 dan sejak itu pasukan ini telah menganjurkan tiga pertandingan Quidditch sebelum ini dan mereka amat teruja untuk menganjurkan acara Quidditch bertaraf antarabangsa yang pertama di Malaysia. Bagi acara Asian Quidditch Cup yang diadakan buat julung-julung kalinya, pasukan - pasukan yang mengambil bahagian adalah Australian National University Owls dari Canberra, Australia serta pasukan tempatan Subang Chimaeras dari Petaling Jaya dan juga pasukan hos - Damansara Dementors.

Ini merupakan penampilan pertama buat dua pasukan ini dalam Asian Quidditch Cup. Walaupun tidak mempunyai pengalaman bermain Quidditch di luar Malaysia, azam dan semangat kesukanan mereka sudah cukup untuk memarakkan semangat bagi merebut gelaran juara untuk acara yang akan datang.

Bagi Damansara Dementors, pengalaman mereka bermain Quidditch sebagai satu pasukan sejak 2013 sudah cukup untuk menjana misi kejuaraan mereka. Pasukan muda Subang Chimaeras pula mengharap untuk menimba sebanyak pengalaman mungkin daripada penampilan sulung mereka ini.

Manakala pasukan Australian National University Owls (ANU Owls) pula telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara Quidditch antarabangsa dan ini termasuk International Quidditch World Cup di Frankfurt, Jerman baru - baru ini. Tekad untuk menjadi juara Asian Quidditch Cup 2016, pasukan ANU Owls telah merekrut 2 pemain dari Jerman, seorang pemain dari Hong Kong dan seorang lagi dari Singapura untuk berentap.

Kemeriahan amat dirasai di Jalan USJ11/15 yang dipenuhi dengan para pemain Quidditch antarabangsa dan tempatan serta para peminat sukan ini yang terdiri dari golongan ahli keluarga pemain-pemain yang mengambil bahagian dan juga peminat setia Harry Potter.

Acara seperti ini amat dinantikan di Malaysia, walaupun tiada penyapu yang kelihatan  berterbangan di udara, namun elemen-elemen permainan ini seperti yang digambarkan di dalam filem atau buku masih boleh dirasai.

Contohnya, para pemain harus “menaiki” batang penyapu untuk bergerak ke serata padang dalam usaha membuat jaringan. Jaringan hanya di kira mengikut tiga gelung dan para pemain masih perlu mengelak dari ditangkap oleh ‘Dementors’ yang merupakan penghalang bagi pemain menjaringkan mata.

Pada penghujung acara, seperti yang dijangka pasukan Australian University Owls (ANU Owls) muncul juara tetapi pasukan tempatan berjaya memberikan tentangan sengit kepada mereka. Selama 2 hari para atlet Quidditch “berterbangan” di atas padang dan bersuai kenal di luar padang, pasukan tempatan Damansara Dementors serta Subang Chimaeras telah bersepakat untuk memilih pemain - pemain Quidditch terbaik untuk mewakili Malaysia dalam impian mengejar gelaran juara World Quidditch Cup yang bakal berlangsung pada tahun 2018.

 

Ditulis Oleh Hamidah Osman

 

This article is related to OFF THE BEAT

off the beat

Tracking Kuala Sepetang

TUE, 22 AUG 2017

Located about 14km from Taiping, Perak is Kuala Sepetang – a town most notable for its fishing villages, charcoal factories and...

off the beat

The View From Above

WED, 09 AUG 2017

Travelling around Malaysia with a camera and drone in hand, Nor Asyraaf captures stunning photographs of landscapes, cities and commu...